Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lama saya tak update perkembangan Naim di sini. Alhamdulillah Naim dah 5 bulan sekarang ni. Anak ibu ni dah tak boleh letak atas katil lagi, aktif sampaikan semua bantal ditendangnya jatuh ke bawah. Terpaksa kami keluarkan katil dalam bilik, dan bentangkan duvet sahaja di lantai. Senang untuk naim bergolek-golek nanti, ibu dan ayah pun takyah nak risau lagi takut naim terjatuh dari katil.
Buat masa ni Naim belum pandai merangkak lagi... setakat bergolek-golek tu memang dia suka sangat. Tido malam pun 3/4 kali berpusing-pusing 360' sampaikan duvet yg size king tu pun Naim sorang je tido atas tu. Ibu kena pulak letak bantal keliling duvet tu supaya Naim tak golek jauh2 sampai keluar bilik. Naim pun dah pandai ketawa dan bergurau dengan ibu dan ayah. Senang hati ibu dan ayah tengok Naim membesar depan mata... semoga besar nanti, Naim jadi anak yang soleh ye. Ibu dan ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Naim... Amin.
 |
| Naim dah pandai ketawa dan bergurau... (sebenarnya sangat susah nak ambik gambar Naim tengah senyum atau ketawa. Puas ibu dan ayah acah2, baru la dapat ambil gambar ni) |
 |
| Pandai merajuk bila ibu dan ayah tak mau dukung... |
 |
| Naim sangat suka tengok Upin & Upin... khusyuk betul sampaikan ibu dan ayah tak boleh ganggu... kalau tak mesti marah atau menangis :) |
 |
| Gambar dekat... Naim tengah tengok Upin & Upin, tak berkelip mata dia... |
 |
| Naim dah lawa... nak kuar jalan2. Ni lagi satu... kalau dah siapkan Naim, memang kena cepat2 bawak Naim masuk kereta dulu. Kalau tak, memang mengamuk la dia. Hihi anak ibu ni dah tau nak berjalan ye. Tapi, bila dah masuk kereta, tidur lena la pulak...) |
 |
| Dah tak boleh main2 lagi kat play gym ni... Naim dah besar... abis runtuh dan tercabut semua :) |
NAIM 4 BULAN
Masa ni Naim mula aktif meniarap dan bergolek-golek. Kalau tak boleh pusing je, mula la Naim jerit-jerit mintak ibu dan ayah angkat dia. Seronok bila tengok Naim bersungguh-sungguh nak meniarap dan bergolek masa ni.
 |
| Naim dah berjaya meniarap.... ceria je muka dia :) |
 |
| Suka sangat hisap jari dan main air liur sampai basah baju... |
Alhamdulillah Naim juga telah diberikan semua immunisations yang diperlukan untuk bayi sehingga usia 16 minggu. Immunisation yang seterusnya bila Naim berusia setahun nanti... masa tu dah kat Malaysia, InsyaAllah.
NAIM 3 BULAN
Masa naim 3 bulan, Naim dah boleh meniarap tapi tidaklah aktif. Sekali-sekala je Naim akan meniarap. Yang ibu ingat Naim mula meniarap pada 11 September 2011, masa tu ibu tengah siapkan Naim nak pergi beraya. Seronok sangat, masa tu pun Mak Long ada... tapi, tak sempat nak ambik gambar sebab cepat sangat dan tak sangka pulak Naim boleh meniarap masa tu.
Lepas je Mak Long balik Malaysia... Naim pulak demam. Kelam-kabut ibu dengan ayah masa tu. Suhu Naim tinggi sampai cecah 39.9'celcius. Ibu dengan ayah yg memang takde pengalaman ni, terus la bawak Naim ke King George Hospital... nasib baik 5 minit je dari rumah. Sampai hospital, Naim diperiksa oleh doktor dan sampel urine Naim turut diambil. Malam tu jugak Naim kena tahan kat wad, dan dihantar ke Queen Hospital sebab tak cukup bilik.
Sampai ward, Naim dan ibu diberi satu bilik yang cukup selesa. Ibu juga diberi katil untuk berehat. Hari kedua di hospital, Alhamdulillah suhu Naim dah turun dan tak demam lagi. Tapi, doktor tak bagi balik rumah lagi sebab nak pantau suhu dan beri antibiotik sehingga habis. Kena la kami duduk di ward selama 4 hari... Alhamdulillah ujian2 yang dilakukan selepas itu menunjukkan Naim sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan.
 |
| Pesakit kecil... Naim masa kat ward. |
 |
| Kesian anak ibu... kena cucuk kat tangan. Masa ni tengah masukkan antibiotik. |
 |
| Dah boleh balik rumah... gambar kat Tropical Lagoon (wad kanak2). |
Masa di hospital jugak, Naim mula ketawa... ibu ingat masa tu hari Rabu, 28 September 2011. Memang ibu dan ayah suka sangat, sebab sebelum ni Naim senyum je tapi takde ketawa pun. Bila Naim dah boleh ketawa, ibu dan ayah dah boleh main sama2 dengan Naim... suara Naim pun dah makin kuat dan suka jugak jerit2... geram ibu dengar.
Perkembangan lain masa Naim berusia 3 bulan selain pandai meniarap dan ketawa... Naim juga dah mula suka pada gambar2 bergerak yg berwarna-warni. Sebagai permulaan, Ibu bukak animasi Upin & Ipin... memang khusyuk Naim tengok cerita tu. Naim juga dah boleh main sorang2 dan tak kisah kalau ibu tinggalkan lama sikit... biasanya ibu akan tinggalkan Naim sekejap bila nak ke dapur memasak. Alhamdulillah Naim tak banyak ragam dan mula menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.
 |
| Naim dah boleh main sorang2.... |
Sekian dulu coretan kali ini. InsyaAllah jumpa di lain masa. Wassalam.